JURUTERA CILIK: BELAJAR JADI JURUTERA
Bagaimanakah jambatan dibina? Siapakah yang mencipta robot, dron, kereta dan satelit? Mungkinkah suatu hari nanti adik-adik pula menjadi jurutera yang mengubah dunia? Jurutera Cilik: Belajar Jadi Jurutera mengajak kanak-kanak meneroka dunia kejuruteraan melalui pengembaraan yang menyeronokkan bersama Papa, Fateh dan ROBU. Dengan komik berwarna, ilustrasi menarik, eksperimen mudah menggunakan bahan di rumah, fakta STEM yang mengagumkan serta pelbagai aktiviti interaktif, pembelajaran menjadi lebih mudah difahami dan menyeronokkan. Adik-adik juga akan mengenali pelbagai cabang kejuruteraan, mempelajari cara jurutera berfikir dan membina keyakinan untuk menjadi pencipta masa hadapan. Buku ini bukan sekadar untuk dibaca, tetapi untuk menghidupkan imaginasi, menyemai kreativiti dan menyalakan impian setiap kanak-kanak menjadi Jurutera Cilik yang mampu mencipta inovasi demi masa depan yang lebih baik.
Currently No Review