Dilema Hari Tua: Antara Bahagia atau Derita
Dalam Ebook ini penulis mendefinisikan pelbagai aspek perlu dikenalpasti dalam mengukur kebersediaan sesebuah negara menggalas status negara tua. Profil warga emas perlu diperkukuhkan secara holistik baik dari sudut pembangunan prasana minda dan pembangunan prasana fizikal. Apakah langkah-langkah yang mampu kita lakukan dalam isu ini? Adakah kita hanya mampu manis di bibir menutur kata tanpa melakukan sesuatu yang rasional kepada warga tua kita andainya ibu dan ayah masih lagi bernyawa. Ataupun episod si Tanggang atau Malim Kundang berulang lagi menagih ihsan dan keredaan Ilahi sebagai anak yang soleh kepada kedua orang tua kita. Tepuk dada tanyalah selera andainya kita tersalah kata dan perbuatan kepada insan yang melahirkan kita ini tanpa syarat balasannya yang cuma ingin perhatian kita di akhir hayat mereka sekiranya waktu dan tika masih lagi bersisa.
Currently No Review