TIP TENANG DENGAN MINDFULNESS SIRI 1
Konsep mindfulness yang ingin diketengahkan di dalam ebook ini bukanlah berkenaan dengan kesedaran seseorang untuk beragama, tetapi ia adalah kesedaran yang penuh perhatian dan tumpuan bilamana seseorang itu melakukan sesuatu perkara. Mindfulness merupakan kebolehan seseorang individu dalam mengawal diri, minda, perasaan atau emosi semasa berhadapan dengan sebarang situasi. Secara tidak langsung, ia dapat membantu individu tersebut dalam menilai dirinya sendiri secara realistik. Mindfulness merupakan suatu konsep yang dapat membentuk ketenangan diri dan hati seseorang. Duval dan Wicklund (1972) menyatakan bahawa dalam keadaan tertentu, seseorang itu boleh menumpukan sepenuh perhatian sama ada terhadap dirinya sendiri atau persekitaran luarannya bagi membolehkan penilaian kendiri dilaksanakan.
Currently No Review